Pemilihan Baju Korporat

 Tips Pemilihan Baju Korporat Anda 

Baju korporat boleh memberi impak kepada si pemakai dari segi penampilan. Antara waktu yang paling kerap di pakai ialah apabila hadir ke pejabat, menghadiri mesyuarat, berjumpa client di luar malah majlis formal sekalipun. 

Namun ada di antara kita masih tidak pasti bagaimana nak memilih baju korporat ini. 

Kami berikan tips kepada anda.

1. Warna

Warna baju yang di pilih haruslah melambangkan identiti syarikat, jabatan atau agensi yang kita bawakan. Ianya akan meningkatkan keyakinan dan jati diri kita apabila komunikasi. Kombinasi warna juga memainan peranan penting. Mesti sesuai dengan warna logo syarikat, jabatan atau agensi kita. 

2. Material / Fabrik

Ada 3 material yang selalu di gunakan. Viscose, Comb Cotton dan Polity Soft. Satu lagi material yang baik untuk peminat cotton adalah Oxford Cotton.

3. Design / Pattern 

Design baju korporat merupakan ciri utama semasa pemilihan baju korporat. Tujuan design sama ada ringkas atau unik perlu di jelaskan kepada designer kami supaya design tidak terlalu lari dengan tujuan asal design kehendak pelanggan.

4. Saiz 

Kami ada menyediakan saiz ukuran yang standard untuk pelanggan. Lengan pendek, lengan panjang dan muslimah. Bagaimana ingin tahu ianya sesuai untuk anda ?. Terdapat beberapa potongan masa kini. Regular dan slim fit. Untuk kebiasaan, kami menetapkan potongan regular kepada semua pelanggan kerana lebih sesuai dengan imej korporat.  















Post a Comment

Previous Post Next Post