About Us

 

   iCustom merupakan sebuah syarikat pembuatan pakaian, khusus kepada penghasilan pakaian uniform atau baju korporat. Pada awal penubuhan syarikat, kami menerima pelbagai jenis tempahan pakaian sama ada tshirt, jahitan pukal dan juga pakaian korporat. 

   Setelah beberapa tahun beroperasi, kami telah memutuskan untuk lebih fokus dalam penghasilan pakaian korporat. Ini kerana kami ingin terus memelihara dan juga menjaga kualiti pengeluaran yang di hasilkan .Ketetapan masa seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan pengeluaran  mengikut spesifikasi yang standard adalah amalan kami. Ini dapat dibuktikan dengan adanya barisan kepimpinan yang berpengalaman luas mengendalikan perniagaan bermula daripada bahagian pemasaran, rekabentuk grafik, pengeluaran dan seterusnya khidmat selepas penghantaran..

Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang Islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama iCustom ditubuhkan. Oleh yang demikian iCustom ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang Islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

Oleh itu, hasil kerja terbaik dari kami sudah semestinya akan membantu meningkatkan imej pelanggan-pelanggan kami di mata umum.

Post a Comment